Tapak awal sekolah ini terletak di Simpang Jalan Makam Diraja Langgar iaitu lebih kurang 0.5 km dari tapak sekarang. Tapak ini diasakan pada 13.11.1327 S.H bersamaan 1908 oleh Encik Mastan Kopy bersama-sama dengan Penghulu Syamsu dan Tn. Hj Ibrahim. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Abdul Rahman b. Md Akib. Selepas beberapa tahun tapak ini telah di pindahkan ke Pekan Langgar di sebuah kedai. Sekolah ini semakin maju, telah mendapat bantuan kerajaan Negeri Kedah dengan mengubah sekolah dari bangunan kedai ke tapak yang ada sekarang pada tahun 1931 dengan membina bangunan baru. Kini sekolah ini telah berusia lebih 100 tahun.
|